SSM No: SA0247272-K
PERKHIDMATAN KAMI ADALAH DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA....
JAMINAN KUALITI DAN SERVIS TERBAIK DARI KAMI...KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI...

Wednesday 9 October 2013

Rumah Terbuka Anak Melayu Alam Warisan

Takkan Melayu Hilang Di Dunia
Begitulah Kata Datuk Hang Tuah
Ke Alam Warisan Untuk Rumah Terbuka
Hati Riang Syukurrrr Ya Allah


Kaki Bakar sekali lagi dijemput oleh keluarga Dato' Dahlan, ke Ladang Alam Warisan untuk memeriahkan majlis rumah terbuka mereka - Rumah Terbuka Anak Melayu Alam Warisan, bertempat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 17 Ogos yang lepas. Sebanyak 5 ekor kambing dibakar untuk majlis yang bermula darilah pagi hingga ke malam...perghh...masa mula-mula kami sampai..rasa macam 'rusa masuk kampung' pun ada..apa tidaknya..semua berbusana melayu klasik..dengan tanjak..dengan sampin dan kerisnya..dari anak yang masih kecil hingga ke orang dewasa..lelaki mahupun perempuan..aduhai..rasa macam berada pada zaman Hang Tuah. :-)



pameran busana melayu..si kecik kat depan tu macam biasa la..interframe..siap peace lagi


pameran senjata-senjata tradisional, barang-barang mistik dan purba..:-)


ni lah dia rupa Balairong Seri ladang Alam Warisan..yang dah bertukar jadi tempat makan..hehehe

Sepertia biasa..kami hidangkan kambig bakar pada jemputan terus ke pinggan yer..no no no masuk buffet tray


beratur..jangan tak beratur yer.. ;)

pertandingan memanah anak melayu pun turut diadakan pada hari tersebut..mmg superbb!

Dato' Bendahara Alam Warisan - Ikhmal Dato' Dahlan, sedang memberikan ucapan


Siapa berani mara ke depan!!  
  
'Kuda hitam aduhhh..kuda hitam..' :p..kuda kepang pun ade...

siap sedia beraksi! - Pertandingan silat


sambung makan kambing time malam pulak..lagi panjang que haa

para jemputan sedang asyik masyuk melihat persembahan kumpulan Dendang Anak

Dato' Bendahara yang giler sporting..selamba je eh menari malam tu..TERBAIKK!

Kumpulan Dendang Anak bergambar bersama geng Dato' Bendahara Alam Warisan..kalian memang TERBAIK.!! lagu bes-bes sampai la ni dok pasang CD Dendang Anak tu..
Terima kasih daun keladi..lengkali order lagi...hehhee..buat Ikhmal sekeluarga..teruskan usaha-usaha kalian untuk menyatupadukan anak-anak melayu dan memartabatkan busana melayu ini..kami Kaki Bakar sokong 200% 

1 comment: