SSM No: SA0247272-K
PERKHIDMATAN KAMI ADALAH DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA....
JAMINAN KUALITI DAN SERVIS TERBAIK DARI KAMI...KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI...

Wednesday 21 November 2012

KAMBING PANGGANG KAKI BAKAR di MAHA INTERNATIONAL 2012

Bermula esok, 23 November hingga 2 Disember 2012, Kaki Bakar & crew akan berada di MAHA INTERNATIONAL 2012 yg berlangsung di MAEPS, Serdang. info lanjut tentang MAHA..click sini > http://www.maha.gov.my/2012/

So kepada sesiapa nak CUBA rasa keunikan Kambing Panggang kami..bolehla ke MAHA INTERNATIONAL 2012 yer..bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.. ;)



'set percubaan' kambing bakar kami tidakla mahal kalau nak compare dgn grill lamb yg jual kat kedai2/ steak house/western corner, ianya berharga RM10 sahaja untuk 1 set.

1 set anda akan dapat:

  • kambing bakar yg dh di slice2 re grill with salad
  • blackpepper sauce (HOMEMADE ok..bukan yg dalam botol2 atau yg siap packing tu)
  • mint sauce (ni pun HOMEMADE..bukan yg dah siap pack!)
murahkan??? so rugila kalau tak cuba.. ;)

atau bagi yg DAH PERNAH RASA..& MENGIDAM LAGI nak makan kambing panggang kami...boleh cari kami di Lorong Tiba 1, no. 47 di MAHA bermula esok yer.. ;) (saya akan upload location map kami kemudian)

owhh nak side dish??? ahaaaaa....

MUSHROOM SOUP with GARLIC BREAD pun ada...

kalau ayah ibu makan kambing panggang..jgn risau...anak2 yg masih kecil tu boleh la makan MUSHROOM SOUP dgn GARLIC BREAD..then its meet out motto for MAHA 

---->> SANTAPAN SANTAI SEISI KELUARGA....

jumpa anda di MAHA nnt yer .. :)

Monday 19 November 2012

Kambing BOER

Kaki Bakar HANYA memilih dan menggunakan kambing jenis BOER sahaja untuk Aqiqah, dan Qurban.
Kenapa mesti BOER??

nak tahu??

ni antara sebabnya....

Ciri - Ciri Kambing Boer:
  • Subur dan mudah membiak sepanjang tahun
  • Mempunyai lebih banyak daging kerana tulangnya lebih nipis berbanding kambing lain
  • Daging lebih bermutu, tinggi khasiat, rendah kalori, kolesterol dan kaya dengan protein
  • Kambing boer paling bagus dari segi daging berbanding baka jamnapari anglo nubian, alphine dan beratus ratus baka yang lain
  • Tahan lasak kepada pelbagai jenis penyakit dan boleh menyesuaikan diri dari sebarang bentuk persekitaran dan cuaca
  • Daging kambing boer bukan sahaja lebih enak dan bermutu, malah dicadangkan oleh American Heart of Association untuk mereka yang menghadapi masalah berkaitan jantung. Pada masa ini, pengeluaran kambing di negara ini adalah pada kadar 8% dan masih mempunyai ruang dan potensi yang besar untuk berkembang. 
sumber: Portal Rasmi Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia - http://www.moa.gov.my/web/guest/boer







dan hasil dari kajian kami sendiri...Kambing jenis BOER ini dagingnya SANGAT LEMBUT...serta TIDAK BERBAU hingga menyebabkan ramai yang sebelum2 ni kata tak makan kambing pun tiba2 dah boleh makan...hehehe..tak percaya?? cuba dulu...dah cuba nnt CONFIRM nak lagi..hehehe... ;)

Sunday 18 November 2012

Kambing Aqiqah Panggang Untuk Adik Aus Darius

Nama: Aus Darius b. Mohd Hidir
Tarikh: 28 Oktober 2012
Alamat: Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, Selangor

Tempahan diterima dari en Mohd Hidir buat aqiqah anak kecilnya yg sgtlaaa cute iaitu adik Aus Darius bin Mohd Hidir...

tuan rumah pun join bakar yer.. ;)

Crew-crew Kaki Bakar bersama tuan rumah

TERIMA KASIH En. Mohd Hidir sekeluarga atas kepercayaan yang telah diberikan kepada kami...

Monday 5 November 2012

Kambing Qurban Panggang Untuk En Abdul Hamed Mahmood

Nama: En Abdul Hamed Mahmood

Alamat: Taman Ibukota, Setapak, Kuala Lumpur

Tarikh: 27 Oktober 2012 (Hari Raya AildilAdha ke-2)

Tempahan diterima dari en Abdul Hamed Mahmood di mana kambing yang telah diniatkan Qurban atas nama beliau, perlu kami sembelih, lapah..dan panggang, kemudian dipotong2 kecil2, dicampur sekali dengan salad dan dihantar terus ke rumah beliau untuk proses pengagihan kepada pihak2 yang sepatutnya...


proses melapah dan memanggang


proses memotong sekaligus mengasingkan isi dan tulang

tadaaaa...dah siap wrap dan  ready to deliver to en Abdul Hamed

KAKI BAKAR bersama En Abdul Hamed (photographer terpaksa snap gamba curik dari dalam  kereta jee sebab KAKI BAKAR JR. tengah sodap tido di atas pangkuan)


 TERIMA KASIH kepada En Abdul Hameed atas segala kepercayaan yang telah diberikan kepada kami...

Thursday 1 November 2012

AQIQAH / AKIKAH

AQIQAH ialah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah.

Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: 

"Setiap anak yang lahir itu terpelihara / tergadai dengan aqiqah yang disembelih untuknya pada hari ketujuh selepas kelahirannya, dicukur rambutnya dan diberi nama." 

(Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)



HUKUM AQIQAH

Hukum aqiqah itu adalah Sunat Muakkad (Sunat yang dituntut) kecuali dinazarkan hukumnya menjadi wajib.

Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.

Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.

Aqiqah untuk anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan seekor kambing. 




Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

Niat penyembelihan aqiqah: "Aku jadikan penyembelihan binatang ini sebagai aqiqah untuk anakku kerana Allah Ta'ala."

Unta, lembu atau kerbau boleh dikongsi sebahagian untuk qurban dan sebahagian untuk aqiqah.

Orang kafir tidak boleh diberi makan daging korban dan daging aqiqah. 

Daging atau mana-mana bahagian dari binatang qurban atau aqiqah orang NAZAR, haram dimakan atau diambil oleh orang yang bernazar tersebut.