SSM No: SA0247272-K
PERKHIDMATAN KAMI ADALAH DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA....
JAMINAN KUALITI DAN SERVIS TERBAIK DARI KAMI...KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI...

Friday 28 December 2012

Part Time Crew diperlukan!

Kami memerlukan crew secara sambilan untuk menjadi sebahagian daripada ahli keluarga Kaki BAKAR..ciri-ciri yg perlu ada pada calon2 crew adalah...hehe.. :



  • boleh bertahan dengan api (almaklumlaaa..nak bakar kambing..mmgla panas ;)
  • ada transport sendiri (at least motorsikal)
  • sanggup bangun pagi2 buta pergi kerja
  • sedia menerima arahan (yg jenis tak dengar arahan sgt tidak dialu-alukan)

ok..sekiranya ada yg berminat..sila hubungi Kaki Bakar di talian 017-3747727

terima kasih :-)


Thursday 20 December 2012

Sambutan Hari Inovasi & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang CCRC Sg. Ruan

Tarikh: 19 Disember 2012
Lokasi: Dewan Simpang Kallang, Raub, PAHANG

Alhamdullilah..Allah memurahkan rezeki kami lg dgn memberikan kami ruang & masa untuk membakar kambing di  Raub, Pahang, untuk Sambutan Majlis Inovasi & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang CCRC Sg. Ruan... Meriah giler majlis diorang ni..staf2nya  pula friendly belaka.. ;)



hadiah2 cabutan bertuah

Kambing guling Kaki Bakar ready!!

ehem ehem..cik Yasmin..artis kita mlm tu..

Abg Kaki Bakar yg mmg 24jam sibuk

cik Yasmin, pn Rina & en Shukur
kakak admin yg suka sibuk2 :p


other caterers masa majlis tu.. ;)

kambing guling...mai sepinggan!

Saddle chops belongs to en Shukur..tahniah! ;)

TERIMA KASIH buat warga CCRC Sg. Ruan atas kepercayaan yang telah diberikan kepada kami...semoga kita bertemu lg di lain kali...In Sya Allah... 

Friday 14 December 2012

Roasted Lamb for Mr.Puspa!

Tempahan diterima dari Mr Puspa untuk Majlis Hari Jadinya pada 1 Disember 2012 di rumahnya...Putra Heights..

Actually Mr. Puspa dah berbulan pun booking kambing panggang Kaki Bakar untuk majlis hari jadinya.Untuk itu..walaupun pada tarikh tersebut...kami sibuk di MAHA INTERNATIONAL 2012, kami tetap meluangkan waktu untuk meraikan hari jadi beliau.. ;)


Kaki Bakar with Mr. Puspa
HAPPY BIRTHDAY MR PUSPA! May all the happines be with you.. ;) 
TERIMA KASIH juga atas kepercayaan yang telah diberikan kepada kami...

Thursday 6 December 2012

KELEBIHAN, KHASIAT & FAKTA-FAKTA tentang Daging Kambing - Siri 1

Para pelanggan & pembaca sekalian...
Mulai hari ini..kami akan kongsikan kelebihan..khasiat -khasiat & fakta-fakta menarik berkenaan daging kambing kepada anda semua...moga2 perkongsian kami ini bermanfaat lah hendaknya dan dapat merubah perspektif negatif mereka-mereka yang tidak menggemari daging kambing >> kepada>>> suka giler nak makan daging kambing...InsyaAllah.... ;)


Khasiat 1


Daging kambing adalah daging yang paling baik

Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.




Wednesday 5 December 2012

Kambing Aqiqah Panggang buat adik Nurain Khalishah


Nama: Nurain Khalishah bt Fauzi
Tarikh: 13 November 2012
Alamat: Kg Perepat, Kapar, Klang

Kali ni tempahan aqiqah kambing panggang diterima dari en Fauzi buat anak perempuannya..Nurain Khalishah...

En Fauzi with baby Nurain Khalishah






TERIMA KASIH buat En.Fauzi sekeluarga atas kepercayaan yang telah diberikan kepada kami...

Kambing Panggang Buat Prof Noraida..

Tempahan kali ini kami terima dari Professor Noraida bt Masir, HUKM...pada 10 November 2012..






TERIMA KASIH buat Professor Noraida sekeluarga atas kepercayaan yang telah diberikan kepada kami...


Sunday 2 December 2012

Kambing Aqiqah Panggang buat Adik Hadeena Safiyya Bt Hazaruddin


Nama: Hadeena Safiyya Bt Hazaruddin
Tarikh: 4 November 2012
Alamat: Pangsapuri Seri Malaysia, Kampung Seri Malaysia, Sungai Besi, KL
Tempahan diterima dari en Hazaruddin buat aqiqah anak perempuannya iaitu adik Hadeena Safiyya..

Yg paling besss..ni kali pertama kami menerima tempahan di mana kami diminta memanggang DI ATAS PANGSAPURI..alhamdulillah..pengalaman baru buat kami..

kambing aqiqah yg baru mula dibakar

kambing aqiqah yg telah siap dibakar ;)

TERIMA KASIH buat En. Hazaruddin sekeluarga atas kepercayaan yang telah diberikan kepada kami...

TERIMA KASIH!!

Terima kasih buat semua yg datang ke MAHA INTERNATIONAL 2012 yg berakhir semalam..juga kepada semua yang menyokong kami di MAHA..atas nama produk yg kami perkenalkan - KAMBING GULING KAKI BAKAR..yg dh rasa keunikan kambing bakar kami..terima kasih daun keladi..kalau sedap bgtau kawan..tak sedap mai bisik kat kami..hehehe..to all crew KAKI BAKAR yg turun padang sanggup bertungkus lumus selama 10 hari..(walaupun terpaksa main lecak..badan bengkak2..tido tak cukup..makan tak tentu hala (ohhh sgt kesian kat crew2 kami)..THANKS ALOTTTT...u guys r THE BEST!! ;)
Kambing Guling Kaki Bakar on action!

MODEL2 yg sporting! ;)

Kambing Guling Kaki Bakar berada di MEDAN SELERA LAMAN TIBA 1

Khemah makan yg cantik

KAKI BAKAR dh ready nak BAKAR LEMBU plak..ADE YG BERMINAT TAK NAK BUAT TEMPAHAN?? ;)

err..agak2 kalau gulingkan lembu ni..lembu ni ke yg terguling atau saya yg terguling?

CRAZIE NUTZ! jiran depan kami yg GILER BEST!!! NUTS BRITTLES ni MESTI CUBA ok..sbb  dia adalah SUPER SEDAPP!! 

** sori guys tak sempat nak upload map..sgt bizi dgn production di MAHA.. insyallah panjang umur kita jumpa lagi di MAHA INTERNATIONAL 2014 nnati yer.. ;)