SSM No: SA0247272-K
PERKHIDMATAN KAMI ADALAH DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA....
JAMINAN KUALITI DAN SERVIS TERBAIK DARI KAMI...KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI...

Monday 28 October 2013

Majlis Perkahwinan Ridhuan @ Baling, KEDAH

Apabila kami katakan "Perkhidmatan Kami adalah di SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA.." maka ini adalah antaranya di mana kami telah berjaya sampai ke BALING, KEDAH bagi menunaikan hasrat dan tambatan janji salah seorang pelanggan kami...

Majlis: Majlis Perkahwinan Ridhuan Ahmad & pasangan
Tarikh: 14 September 2013
Lokasi: Kampung Charok Sikin, Kupang, Baling, KEDAH.

En. Ridhuan telah menempah kambing promosi 3+1 untuk majlis perkahwinan beliau....

proses penyediaan kambing untuk dibakar


2 ekor kambing yang dah siap dibakar..tengah tunggu 'turn' untuk dimakan..hehe








Alhamdulillah...segala proses bermulanya perjalanan kami dari Kuala Lumpur sehinggalah sampai ke tempat majlis dan sehingga kambing habis..berjalan lancar dan dengan jayanya...

Sempat juga kami rakamkan sesi gotong-royong penduduk kampung Charok Sikin dalam penyediaan juadah lain bagi majlis perkahwinan tersebut.





Tahu tak apa dia benda yang kaum ibu dalam gamba-gamba di atas ni tengah kerjakan?hehehe...
Tak tahu???isk isk isk..hihi..ahaaa kalau nak tahu..itulah dia umbut pisang yang telah dikeluar dan diasingkan dari batang pisang..untuk dibuat gulai kawah batang pisang..memang lembut & sedap giler sampai termimpi-mimpi tau




Sesi gotong-royong kaum bapa pula dalam penyediaan daging lembu untuk dibuat Gulai Kawah Batang Pisang..


Tukang masak dah ready nak masak..cepat ler masukkan daging & umbut tadi.. haihh admin plak yang tetiba terliur :p

Selamat pengantin baru buat en. Ridhuan dan pasangannya...semoga perkahwinan kalian berdua berkekalan bahagia hingga ke Jannah!
Juga TERIMA KASIH tak terhingga atas kepercayaan dan sokongan en Ridhuan buat Kaki Bakar.

Friday 25 October 2013

XPDC Kayak Merdeka Royal Belum 2013

31 Ogos 2013 yang lalu..Kaki Bakar menyambut Hari Kemerdekaan pada tahun ini di hutan Royal Belum, PERAK. Ahaaa..jangan ingat kami tak boleh buat kambing golek dalam hutan tau..
Tak percaya?? Saksikan potret-potret kenangan kami di bawah.. ;-) 


welcome to Royal Belum


Indahnya ciptaan Allah..tenang hati & perasaan



preparation to roast the lamb..kita pakai bahan-bahan natural je yer..save our jungle..save the earth!

Yeah!! kambing bakar on da way..



almost done

dah siap...makan time!!





sampai ke siang deme2 ni makan haa..




kambing bakar dah jadi sate..hehe..

sate kambing bakar..sedappp ;-)


breakfast pun makan kambing..hihi

sedap hingga menggigit tulang ye kak.. ;)

suasana di campsite, tenang lagi mendamaikan..


XPDC kayak

antara para peserta XPDC Kayak Merdeka Royal Belum


Untuk pengetahuan semua..kebanyakan crew-crew Kaki Bakar adalah outdoorianz yang biasa bermain dengan laut, hutan rimba, gunung-ganang..malahan pemilik Kaki Bakar sendiri merupakan hardcore outdoorianz..so kalau nak angkut kambing bakar bawak masuk hutan tu..In Sha Allah takde masalah.. :)
So outdoorianz-outdoorianz out there..
Come lets order with us..u will feel the different! ;-)

Kepada Mamat a.k.a.Tobleronemania Dee & the gang..serta semua peserta XPDC Kayak Royal Belum 2013..TERIMA KASIH  atas sokongan buat kami...

Wednesday 9 October 2013

Rumah Terbuka Anak Melayu Alam Warisan

Takkan Melayu Hilang Di Dunia
Begitulah Kata Datuk Hang Tuah
Ke Alam Warisan Untuk Rumah Terbuka
Hati Riang Syukurrrr Ya Allah


Kaki Bakar sekali lagi dijemput oleh keluarga Dato' Dahlan, ke Ladang Alam Warisan untuk memeriahkan majlis rumah terbuka mereka - Rumah Terbuka Anak Melayu Alam Warisan, bertempat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 17 Ogos yang lepas. Sebanyak 5 ekor kambing dibakar untuk majlis yang bermula darilah pagi hingga ke malam...perghh...masa mula-mula kami sampai..rasa macam 'rusa masuk kampung' pun ada..apa tidaknya..semua berbusana melayu klasik..dengan tanjak..dengan sampin dan kerisnya..dari anak yang masih kecil hingga ke orang dewasa..lelaki mahupun perempuan..aduhai..rasa macam berada pada zaman Hang Tuah. :-)



pameran busana melayu..si kecik kat depan tu macam biasa la..interframe..siap peace lagi


pameran senjata-senjata tradisional, barang-barang mistik dan purba..:-)


ni lah dia rupa Balairong Seri ladang Alam Warisan..yang dah bertukar jadi tempat makan..hehehe

Sepertia biasa..kami hidangkan kambig bakar pada jemputan terus ke pinggan yer..no no no masuk buffet tray


beratur..jangan tak beratur yer.. ;)

pertandingan memanah anak melayu pun turut diadakan pada hari tersebut..mmg superbb!

Dato' Bendahara Alam Warisan - Ikhmal Dato' Dahlan, sedang memberikan ucapan


Siapa berani mara ke depan!!  
  
'Kuda hitam aduhhh..kuda hitam..' :p..kuda kepang pun ade...

siap sedia beraksi! - Pertandingan silat


sambung makan kambing time malam pulak..lagi panjang que haa

para jemputan sedang asyik masyuk melihat persembahan kumpulan Dendang Anak

Dato' Bendahara yang giler sporting..selamba je eh menari malam tu..TERBAIKK!

Kumpulan Dendang Anak bergambar bersama geng Dato' Bendahara Alam Warisan..kalian memang TERBAIK.!! lagu bes-bes sampai la ni dok pasang CD Dendang Anak tu..
Terima kasih daun keladi..lengkali order lagi...hehhee..buat Ikhmal sekeluarga..teruskan usaha-usaha kalian untuk menyatupadukan anak-anak melayu dan memartabatkan busana melayu ini..kami Kaki Bakar sokong 200%