SSM No: SA0247272-K
PERKHIDMATAN KAMI ADALAH DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA....
JAMINAN KUALITI DAN SERVIS TERBAIK DARI KAMI...KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI...

Monday 28 October 2013

Majlis Perkahwinan Ridhuan @ Baling, KEDAH

Apabila kami katakan "Perkhidmatan Kami adalah di SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA.." maka ini adalah antaranya di mana kami telah berjaya sampai ke BALING, KEDAH bagi menunaikan hasrat dan tambatan janji salah seorang pelanggan kami...

Majlis: Majlis Perkahwinan Ridhuan Ahmad & pasangan
Tarikh: 14 September 2013
Lokasi: Kampung Charok Sikin, Kupang, Baling, KEDAH.

En. Ridhuan telah menempah kambing promosi 3+1 untuk majlis perkahwinan beliau....

proses penyediaan kambing untuk dibakar


2 ekor kambing yang dah siap dibakar..tengah tunggu 'turn' untuk dimakan..hehe








Alhamdulillah...segala proses bermulanya perjalanan kami dari Kuala Lumpur sehinggalah sampai ke tempat majlis dan sehingga kambing habis..berjalan lancar dan dengan jayanya...

Sempat juga kami rakamkan sesi gotong-royong penduduk kampung Charok Sikin dalam penyediaan juadah lain bagi majlis perkahwinan tersebut.





Tahu tak apa dia benda yang kaum ibu dalam gamba-gamba di atas ni tengah kerjakan?hehehe...
Tak tahu???isk isk isk..hihi..ahaaa kalau nak tahu..itulah dia umbut pisang yang telah dikeluar dan diasingkan dari batang pisang..untuk dibuat gulai kawah batang pisang..memang lembut & sedap giler sampai termimpi-mimpi tau




Sesi gotong-royong kaum bapa pula dalam penyediaan daging lembu untuk dibuat Gulai Kawah Batang Pisang..


Tukang masak dah ready nak masak..cepat ler masukkan daging & umbut tadi.. haihh admin plak yang tetiba terliur :p

Selamat pengantin baru buat en. Ridhuan dan pasangannya...semoga perkahwinan kalian berdua berkekalan bahagia hingga ke Jannah!
Juga TERIMA KASIH tak terhingga atas kepercayaan dan sokongan en Ridhuan buat Kaki Bakar.

No comments:

Post a Comment