SSM No: SA0247272-K
PERKHIDMATAN KAMI ADALAH DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA....
JAMINAN KUALITI DAN SERVIS TERBAIK DARI KAMI...KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI...

Thursday 21 November 2013

Aqiqah baby Hanan Fasihah


Kelip-kelip ku sangka api...
Cantik dipandang sukar dipegang...
Ke Kampung Kuantan pulak kali ni...
Untuk Aqiqah Hanan Fasihah seorang..


Majlis: Aqiqah Hanan Fasihah bt Mohd Hafiz
Tarikh: 27 September 2013
Lokasi: Kg Kuantan (Kelip-Kelip), Bestari Jaya, Selangor

Maaf yer..trip yang ni dah berlalu hampir 2 bulan tapi baru la ni dapat update..hehe...majlis aqiqah baby Hanan disambut bersama-sama majlis pernikahan auntienya juga yang juga berlangsung pada malam itu..



kambing dah siap bakar..bila boleh ngap? ;))


side dishes..mushroom soup on the way..


ni dia..baby hanan fasihah dengan bonda & ayahandanya.. 



ok all side dishes are ready..boleh ngap dah ;))

crew kami yang berdedikasi pada malam tu...hafis

kambing golek Kaki Bakar with salad grill


alahai kesian pengantin...majlis dah hujung-hujung baru dapat makan eh


baby hanan yang comel bersama bondanya yang cantik rupawan..heheh..


macam biasala..turn kanak-kanak plak jadi 'pengantin' termasukla budak tecik yang pakai tshirt biru tu..huuu pantang jumpa pelamin

Buat en.Hafiz sekeluarga..TERIMA KASIH atas tempahan dan sokongan buat Kaki Bakar..ada rezeki..harap2 berjumpa lagi... ;-)

Monday 18 November 2013

YEAR END SALE!!

Y.E.S.!!!

Promosi 3 + 1 dibuka semula sempena musim cuti sekolah...

Perhatian kepada semua pembaca/ pelanggan yang dikasihi....

Kami menawarkan....

PROMOSI 3+1 !!!

Di mana.. anda tempah 3 ekor kambing golek dengan kami untuk majlis anda...kami beri tambahan lagi seekor kambing dengan PERCUMA!!!! ** tertakluk kepada terma dan syarat-syarat.

best kan?? hihiiiii...... ;)

Hubungi kami SEGERA untuk tempahan di talian 017-3747727 atau 012-3117558.




Aqiqah baby Muhammad Khalish

Ahaa..kalau sebelum ni kita citer pasal baby Khalish n Family buat lawatan ke kandang..haa ni pula liputan tentang majlis Aqiqah baby Khalish kita... ;)

Majlis: Aqiqah Muhammad Khalish bin Mazaffar Shah
Tarikh: 5 Oktober 2013
Lokasi: Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, Selangor

Acara maulid sedang berlangsung..ada perbezaan dalam maulid mereka..2 thumbs up!!


Adik-adik tahfiz dan guru-guru dari sekolah tahfiz Semenyih 



yummy yummy kambing golek Kaki Bakar dah ready.. ;)


en Sabri..bapa saudara kepada baby Khalish..TERIMA KASIH atas sokongan yer.. ;)

sesi maulid dan bacaan doa oleh pelajar tahfiz dan guru-guru..bes bes besss
Buat Mus sekeluarga..TERIMA KASIH atas tempahan dan sokongan buat Kaki Bakar..next time order lagi eh ;-)

Friday 15 November 2013

Lawatan Baby Khalish & family ke kandang kambing


Ini adalah sedikit gambar kenangan..hasil lawatan baby Khalish dan keluarga bagi menyaksikan proses sembelihan kambing aqiqah beliau..

Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan begitu sempurna..


Baby Khalish dalam dakapan ibu tersayang..ditemani nenda tercinta disebelahnya..sementara ayahnya..Mus sedang melihat proses sembelihan yang dijalankan sendiri oleh Kaki Bakar


sedap betul dia tido..hehe




2 ekor kambing biri-biri khas buat adik Khalish telah selamat disembelih..Alhamdulillah..


Tak cukup tinggi ye bang..heheh..proses lapah sedang dijalankan



Kami mengalu-alukan semua para pelanggan yang telahpun menempah kambing dari kami untuk datang ke kandang / ladang kambing bagi menyaksikan sendiri proses sembelihan bagi aqiqah. tapi kalau tak dapat datang or takmau datang pun takpe..takde masalah...hehehe...


Apepun..terima kasih buat Mus sekeluarga atas lawatan meraka pada hari tersebut.

Monday 28 October 2013

Majlis Perkahwinan Ridhuan @ Baling, KEDAH

Apabila kami katakan "Perkhidmatan Kami adalah di SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA.." maka ini adalah antaranya di mana kami telah berjaya sampai ke BALING, KEDAH bagi menunaikan hasrat dan tambatan janji salah seorang pelanggan kami...

Majlis: Majlis Perkahwinan Ridhuan Ahmad & pasangan
Tarikh: 14 September 2013
Lokasi: Kampung Charok Sikin, Kupang, Baling, KEDAH.

En. Ridhuan telah menempah kambing promosi 3+1 untuk majlis perkahwinan beliau....

proses penyediaan kambing untuk dibakar


2 ekor kambing yang dah siap dibakar..tengah tunggu 'turn' untuk dimakan..hehe








Alhamdulillah...segala proses bermulanya perjalanan kami dari Kuala Lumpur sehinggalah sampai ke tempat majlis dan sehingga kambing habis..berjalan lancar dan dengan jayanya...

Sempat juga kami rakamkan sesi gotong-royong penduduk kampung Charok Sikin dalam penyediaan juadah lain bagi majlis perkahwinan tersebut.





Tahu tak apa dia benda yang kaum ibu dalam gamba-gamba di atas ni tengah kerjakan?hehehe...
Tak tahu???isk isk isk..hihi..ahaaa kalau nak tahu..itulah dia umbut pisang yang telah dikeluar dan diasingkan dari batang pisang..untuk dibuat gulai kawah batang pisang..memang lembut & sedap giler sampai termimpi-mimpi tau




Sesi gotong-royong kaum bapa pula dalam penyediaan daging lembu untuk dibuat Gulai Kawah Batang Pisang..


Tukang masak dah ready nak masak..cepat ler masukkan daging & umbut tadi.. haihh admin plak yang tetiba terliur :p

Selamat pengantin baru buat en. Ridhuan dan pasangannya...semoga perkahwinan kalian berdua berkekalan bahagia hingga ke Jannah!
Juga TERIMA KASIH tak terhingga atas kepercayaan dan sokongan en Ridhuan buat Kaki Bakar.