SSM No: SA0247272-K
PERKHIDMATAN KAMI ADALAH DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA....
JAMINAN KUALITI DAN SERVIS TERBAIK DARI KAMI...KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI...

Sunday 12 January 2020

SALAM TAHUN BARU 2020

Assalamualaikum wbt. buat semua bloggers..

Alhamdulillah Kaki Bakar berjaya menjejakkan kaki hingga ke tahun 2020..tak sangka 🤗 syukur masih berdiri di bumi bertuah ini, walau tidak sebesar mana namun kami bersyukur Allah panjangkan usia.. alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah..

Di kesempatan ini yang sebenarnya kebanyakkan masa tak sempat pun nak update blog ni..hehe..kami ingin mengambil kesempatan ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang menyokong Kaki Bakar, dari mula kami bertapak lebih sedekad dulu hinggalah kini masih mampu tegak berdiri. Hanya Allah yang mampu membalas jasa semua pihak..kami insan kerdil lagi hina hanya mampu memanjat doa moga semua dibalas kebaikan berlipat kali ganda..amin..

Kami juga mengharapkan semoga tahun ini kita semua lebih berjaya, lebih banyak masuk order..hahahahah..lebih baik segala-galanyalah daripada tahun lepas..insyaAllah sama-sama kita berusaha dan berikan yang terbaik.

Dan semoga segala urusan kita semua dipermudahkan Allah tahun ini..amin..

Andai banyak yang terkurang dan buruk itu..ampun dan maaf kami pinta..sesungguhnya yang buruk itu dari kami insan hina yang punya banyak kekurangan dan sesungguhnya segala yang baik hanya dari Allah Yang Maha Esa..

SALAM TAHUN BARU 2020

Ps: usah peduli bab kereta terbang tu...jom kita sama-sama 'terbangkan' diri kita ke peringkat yang lebih tinggi. We can do it!! 💪