SSM No: SA0247272-K
PERKHIDMATAN KAMI ADALAH DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA....
JAMINAN KUALITI DAN SERVIS TERBAIK DARI KAMI...KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI...

Saturday 31 May 2014

PERTANDINGAN MEMANAH TRADISIONAL PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

Majlis:Pertandingan Memanah Tradisional Peringkat Kebangsaan 2013
Tarikh:  28 Disember 2013
Lokasi: Ladang Alam Warisan, Kuala Pilah

Sekali lagi Ladang Alam Warisan membuat tempahan..dan kali ini untuk meraikan pula semua yang terlibat bagi Pertandingan Memanah Tradisional Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Ladang tersebut..
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar... ;-)




Pemanah TEGAR ;-)

Tuan Bendahara Ladang Alam Warisan

Antara peserta-peserta yang turut serta..ahaaa perempuan pun ada tu tauu..nampak tak?? Bilaaa kakak admin bleh join memanah nii


Dah namanya pun Pertandingan Memanah Tradisional..makanya pakaian pun kenala tradisional..kan...



siap sedia untuk memanah!




Dendang Anak yang memeriahkan majlis




beratur nak amik kambing golek

sedap sangat kambing ye dik..sampai berebut tu...hihihhh

TERIMA KASIH Ladang Alam Warisan...
TERIMA KASIH atas sokongan...
Moga silaturrahim kita berkekalan...
Hidupkan sunnah kita jadikan amalan..

Thursday 29 May 2014

SEMBAH TAKZIAH

KAKI BAKAR RESOURCES merakamkan sembah takziah buat seluruh kaum kerabat  Diraja Perak di atas kemangkatan 

DYMM Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah

Semoga Almarhum ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah...


Thursday 22 May 2014

Ulangtahun Perkahwinan En. Sabri & Isteri

Majlis: Ulangtahun Perkahwinan En. Sabri & Isteri
Tarikh: 11 Disember 2013
Lokasi: Kuala Selangor, Selangor


Semasa photo-photo kenangan ini dijumpai..kakak admin hampir menitiskan air mata..bukan apa..bloggers semua jangan salah faham yer..yang sebenarnya photo-photo ni kakak admin tak sempat save pun dalam file..then tahu-tahu je kamera tu dah rosak..huwaaa...memang sedih la waktu tu.. :'(
tapi sangat-sangat tak sangka.. pakcik Google yg baik hati tu dah buatkan auto-backup untuk kakak admin..masa tu rasa nak nangis ada..nak menari macam kat Ceria Popstar pun ada..nak nyanyi macam kat Kilauan Emas pun ada..hahaaaa..i lap u lahh pakcik Google..muuahh xoxo hahaaaa :p

Ok ok..kita cerita pasal event yang ni yer..tempahan ini kami terima dari En. Sabri yang baik hati..sempena Ulangtahun Perkahwinan beliau yang ke...errr.. lupa plak nak tanya :p
Mengikut cerita Masterchef Kaki Bakar yang turun padang hari tu..sempena hari Ulangtahun Perkahwinan En Sabri ni..dia mahu seluruh keluarganya berehat..no masak-masak that day..so sila bergembira, duduk dan makan sahaja..hahaaaa..terbaik!!


Grill station
Orang lain potong kek anniversary.. diorang ni potong kambing golek anniversary..hahaaa..ko ade??


Pengantin Lama menyambut ketibaan tetamu jemputan..hihihh


Ni Ustaz Kecik. Kalau dapat kambing golek Kaki Bakar memang dia makan berpinggan-pinggan..hehe..takpe dik..makan banyak2..itukan makanan sunnah ;-)

Cer tengok betu-betul cara dia layan...


Haaa..terliur kan??
Hehe..dah abis sesi tengok gambar..
Buat En Sabri dan isteri, semoga perkahwinan yang telah bertahun-tahun terbina kekal utuh bahagia hingga ke Syurga..kami doakan...Amin Ya Rabb.
dan TERIMA KASIH tak terhingga atas kepercayaan dan sokongan buat Kaki Bakar selama ini..semoga jalinan silaturrahim antara kita kekal sampai bila-bila..InsyaAllah..Amin..

Saturday 17 May 2014

Aqiqah dan Pernikahan Norafiza Binti Arpai




Majlis: Majlis Pernikahan Norafiza bt Arpai
Tarikh: 30 November 2013
Lokasi: Kg. Gali Hilir, Raub, PAHANG

Tempahan Norafiza (Pija) ini kami terima dari awal tahun 2013 lagi..walhal majlisnya ini adalah di antara penghujung tahun 2013 ..memang Pija antara customer yang benar-benar memberikan kepercayaan kepada Kaki Bakar..walaupun tidak pernah bersua muka langsung..Syukur Alhamdulillah..kami pegang janji dengan beliau sebaiknya..

Setibanya hari majlis..ditakdirkan ada barang penting yang crew kami terlupa bawa..Kami bergegas ke Raub menghantar..bayangkanlah..kelam kabut kami yang dari Puchong ni ke Raub bawa barang yang tertinggal tu..memang rezeki kakak Admin agaknya..dan mungkin hikmahnya ada bila barang tertinggal tu..bilamana..akhirnya dapat jua bersua muka dengan Pija..sekali lagi..Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan dan usaha kami..

Kaka admin diberitahu..pelamin nikah ini hasil rekaan pengantin sendiri..malahan milik pengantin sendiri..bukan sewa tau..orang Raub yang berkenan dengan set pelamin ni untuk sewa..boleh contact Pija terus ye.. ;-)

simple dan bersahaja..TERBAIKK Pija ;-)

masa kakak admin sampai..Pija tengah bersiap-siap berinai..makanya dapat amik gamba inai di jari je laaa..hahaaaa

cantikkan inai dia...agak2 kalau kakak admin sesaje nak buat time raya nanti boleh tak? ;-p (mood ngade-ngade)

Actually Pija order kambing ni utk Aqiqah dirinya..sekaligus meraikan sekali majlis pernikahan beliau..

Disebabkan kami perlu bergegas ke Janda Baik pula untuk event lain pada hari tersebut..maka ini je laa potret-potret kenangan yang sempat dirakamkan..alahaiii..

Apepun..buat Norafiza & suami..kami ucapkan selamat pengantin baru..dan didoakan semoga kekal bahagia hingga ke Jannah..Amin..

TERIMA KASIH tak terhingga buat Pija atas kepercayaan sepenuhnya buat kami..semoga ikatan silaturrahim yang terbina akan kekal sampai bila-bila....Insya Allah..