SSM No: SA0247272-K
PERKHIDMATAN KAMI ADALAH DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA....
JAMINAN KUALITI DAN SERVIS TERBAIK DARI KAMI...KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI...

Saturday, 31 May 2014

PERTANDINGAN MEMANAH TRADISIONAL PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

Majlis:Pertandingan Memanah Tradisional Peringkat Kebangsaan 2013
Tarikh:  28 Disember 2013
Lokasi: Ladang Alam Warisan, Kuala Pilah

Sekali lagi Ladang Alam Warisan membuat tempahan..dan kali ini untuk meraikan pula semua yang terlibat bagi Pertandingan Memanah Tradisional Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Ladang tersebut..
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar... ;-)




Pemanah TEGAR ;-)

Tuan Bendahara Ladang Alam Warisan

Antara peserta-peserta yang turut serta..ahaaa perempuan pun ada tu tauu..nampak tak?? Bilaaa kakak admin bleh join memanah nii


Dah namanya pun Pertandingan Memanah Tradisional..makanya pakaian pun kenala tradisional..kan...



siap sedia untuk memanah!




Dendang Anak yang memeriahkan majlis




beratur nak amik kambing golek

sedap sangat kambing ye dik..sampai berebut tu...hihihhh

TERIMA KASIH Ladang Alam Warisan...
TERIMA KASIH atas sokongan...
Moga silaturrahim kita berkekalan...
Hidupkan sunnah kita jadikan amalan..

Thursday, 29 May 2014

SEMBAH TAKZIAH

KAKI BAKAR RESOURCES merakamkan sembah takziah buat seluruh kaum kerabat  Diraja Perak di atas kemangkatan 

DYMM Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah

Semoga Almarhum ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah...


Thursday, 22 May 2014

Ulangtahun Perkahwinan En. Sabri & Isteri

Majlis: Ulangtahun Perkahwinan En. Sabri & Isteri
Tarikh: 11 Disember 2013
Lokasi: Kuala Selangor, Selangor


Semasa photo-photo kenangan ini dijumpai..kakak admin hampir menitiskan air mata..bukan apa..bloggers semua jangan salah faham yer..yang sebenarnya photo-photo ni kakak admin tak sempat save pun dalam file..then tahu-tahu je kamera tu dah rosak..huwaaa...memang sedih la waktu tu.. :'(
tapi sangat-sangat tak sangka.. pakcik Google yg baik hati tu dah buatkan auto-backup untuk kakak admin..masa tu rasa nak nangis ada..nak menari macam kat Ceria Popstar pun ada..nak nyanyi macam kat Kilauan Emas pun ada..hahaaaa..i lap u lahh pakcik Google..muuahh xoxo hahaaaa :p

Ok ok..kita cerita pasal event yang ni yer..tempahan ini kami terima dari En. Sabri yang baik hati..sempena Ulangtahun Perkahwinan beliau yang ke...errr.. lupa plak nak tanya :p
Mengikut cerita Masterchef Kaki Bakar yang turun padang hari tu..sempena hari Ulangtahun Perkahwinan En Sabri ni..dia mahu seluruh keluarganya berehat..no masak-masak that day..so sila bergembira, duduk dan makan sahaja..hahaaaa..terbaik!!


Grill station
Orang lain potong kek anniversary.. diorang ni potong kambing golek anniversary..hahaaa..ko ade??


Pengantin Lama menyambut ketibaan tetamu jemputan..hihihh


Ni Ustaz Kecik. Kalau dapat kambing golek Kaki Bakar memang dia makan berpinggan-pinggan..hehe..takpe dik..makan banyak2..itukan makanan sunnah ;-)

Cer tengok betu-betul cara dia layan...


Haaa..terliur kan??
Hehe..dah abis sesi tengok gambar..
Buat En Sabri dan isteri, semoga perkahwinan yang telah bertahun-tahun terbina kekal utuh bahagia hingga ke Syurga..kami doakan...Amin Ya Rabb.
dan TERIMA KASIH tak terhingga atas kepercayaan dan sokongan buat Kaki Bakar selama ini..semoga jalinan silaturrahim antara kita kekal sampai bila-bila..InsyaAllah..Amin..

Saturday, 17 May 2014

Aqiqah dan Pernikahan Norafiza Binti Arpai




Majlis: Majlis Pernikahan Norafiza bt Arpai
Tarikh: 30 November 2013
Lokasi: Kg. Gali Hilir, Raub, PAHANG

Tempahan Norafiza (Pija) ini kami terima dari awal tahun 2013 lagi..walhal majlisnya ini adalah di antara penghujung tahun 2013 ..memang Pija antara customer yang benar-benar memberikan kepercayaan kepada Kaki Bakar..walaupun tidak pernah bersua muka langsung..Syukur Alhamdulillah..kami pegang janji dengan beliau sebaiknya..

Setibanya hari majlis..ditakdirkan ada barang penting yang crew kami terlupa bawa..Kami bergegas ke Raub menghantar..bayangkanlah..kelam kabut kami yang dari Puchong ni ke Raub bawa barang yang tertinggal tu..memang rezeki kakak Admin agaknya..dan mungkin hikmahnya ada bila barang tertinggal tu..bilamana..akhirnya dapat jua bersua muka dengan Pija..sekali lagi..Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan dan usaha kami..

Kaka admin diberitahu..pelamin nikah ini hasil rekaan pengantin sendiri..malahan milik pengantin sendiri..bukan sewa tau..orang Raub yang berkenan dengan set pelamin ni untuk sewa..boleh contact Pija terus ye.. ;-)

simple dan bersahaja..TERBAIKK Pija ;-)

masa kakak admin sampai..Pija tengah bersiap-siap berinai..makanya dapat amik gamba inai di jari je laaa..hahaaaa

cantikkan inai dia...agak2 kalau kakak admin sesaje nak buat time raya nanti boleh tak? ;-p (mood ngade-ngade)

Actually Pija order kambing ni utk Aqiqah dirinya..sekaligus meraikan sekali majlis pernikahan beliau..

Disebabkan kami perlu bergegas ke Janda Baik pula untuk event lain pada hari tersebut..maka ini je laa potret-potret kenangan yang sempat dirakamkan..alahaiii..

Apepun..buat Norafiza & suami..kami ucapkan selamat pengantin baru..dan didoakan semoga kekal bahagia hingga ke Jannah..Amin..

TERIMA KASIH tak terhingga buat Pija atas kepercayaan sepenuhnya buat kami..semoga ikatan silaturrahim yang terbina akan kekal sampai bila-bila....Insya Allah..

Wednesday, 23 April 2014

Riverside, Pahang

Tarikh:16 Februari 2014

Lokasi: Riverside, Kg. Janda Baik, Pahang.

Tempahan diterima dari warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk majlis apa admin pun tak ingat..hahaaa..jangan marah jangan marah..tapi serius kakak admin memang pelupa dan tiada pulak nota tempahan ni untuk apa dalam buku catatan.. :-p
Gambar pun ado tigo koping yo..tapi takpela..nak buat camner..nasiblaa..dahla camera lagi satu dah rosak..abis burn sume gamba aktiviti yg lepas..uwaaaaa :'(

okay all..please..enjoy the photo

 nampak tak?? model kombi tu..:p

kambing golek, aku dan kombi..bukan tajuk novel! hahaaa



side dishes area..

TERIMA KASIH buat Firdaus & Basir atas tempahan..harap-harap berpuashati dengan persembahan kami...kalau puas hati lengkali order laie yoo..hehehee..
Okay..itu sahaja untuk sesi jalan-jalan bakar kambing Kaki Bakar kali ini..berjumpa lagi di lain waktu..peace yo!!

Saturday, 19 April 2014

Program Perasmian Entrepreneurship Technocount (ETP), UKM

  Majlis: Program Perasmian  Entrepreneurship Technocount (ETP)
Tarikh: 1 Disember 2013
Lokasi: Dewan Dectar, UKM, Bangi, Selangor

Tempahan diterima dari UKM, Bangi bagi memeriahkan upacara  Program Perasmian Entrepreneurship Technocount, yang dihadiri oleh pelajar-pelajar dari IPT seluruh pelusuk tanahair. Acara berlangsung dengan begitu meriah pada malam tersebut...saksikan potret-potret kenangan yang sempat kami abadikan....

upacara 'preparation' bermula!


pentas acara

VIP Table

3 ekor kambing golek dah ready!

terliur tak tengok??? huuhuui

antara calon-calon model Kambing Bakar Kaki Bakar..kehkeh

ahaa...pengantin baru pun dah datang  - Andra & Wife ;-)

tetamu dari seluruh Malaysia dah tiba

get ready ye bang..hehehe..diorang nak serbu dah niii

lalalalalala..makan time...
TERIMA KASIH buat Andra, pengantin baru yang mewakili UKM bagi membuat tempahan..alhamdulillah..sukses semuanya..
Mudah-mudahan jalinan silaturrahim antara Kaki Bakar dan UKM tetap kekal sampai bila-bila..InsyaAllah..Amin.. ;-)

Tuesday, 15 April 2014

Majlis Menyambut Menantu Di Janda Baik

Chop chop! admin stop dulu perjalanan sesi bakar-bakar kambing..dan mahu selitkan aktiviti khas team Kaki Bakar.. *wink *wink ;-)

Pada 8 Mac 2014 yang lepas, team Kaki akar dijemput untuk sesi masak-memasak Kenduri Menyambut Menantu Paklong Nordin di Kampung Janda Baik, Pahang..
Maka..berkampunglah seketika warga Kaki Bakar di kampung Janda Baik bagi merai dan memeriahkan majlis tersebut..
Team yang tiba sehari sebelum majlis memulakan tugas masak-memasak sekitar jam 12.00 tengah malam..
haa tak cayo ko?? ni ha gamba...

mamat ni tengah prepare bahan-bahan masakan..haa tengah pening la tu..

skill apa tu bang? ke jampi? huuu

masa gamba2 ni diambil..jam telah menunjukkan pukul 3 pagi..huu

ahaa..ni la masterchef malam tu..huhu..masa ni tengah adjust sotong sambal..dengan kakak admin skali ikut berjaga ni..nasib baik baby dah tido
ok dah boleh percaya dah? oo blom lagi eh? takpe moh tgk lagi gamba..

daging dah ready nak masukkan dalam kari

tapi rempah karinya tak siap-siap masak lagi...


kentang yang cantik berseri ni antara bahan untuk masak kari

sotong sambal almost done..kita tambah bawang dulu...
nampak tak? masing-masing tengah sibuk bekerja..time ni dah jam 5 pagi

Aktiviti masak-memasak bersambung hingga ke siang..kesian..satu team tak tido termasuklah kakak admin..kakak admin sbenornye nyebok2 amik gamba je..

ni antara pembantu-pembantu tukang masak yang menjayakan majlis..steady steady..

nasi minyak sedang disiapkan..

 sedap sangat..sampai licinnnn

keluarga paklong Nordin

ayah ambo yang suka berkaroke..hehe..

desert section..dah nak licin pun haa

ahaaa..ni section paling kakak admin minat..babies section..abis sume berkumpul kat sini
tersenyum manis pengantin baru - Soleh & Marlina
Selamat pengantin baru Angah Solehuddin & Marlina, semoga kekal bahagia hingga Jannah. Dan buat paklong Nordin sekeluarga, terima kasih atas kepercayaan berganda buat team Kaki Bakar. 
Syukran..syukran jazilan.