SSM No: SA0247272-K
PERKHIDMATAN KAMI ADALAH DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA....
JAMINAN KUALITI DAN SERVIS TERBAIK DARI KAMI...KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI...

Tuesday 15 April 2014

Majlis Menyambut Menantu Di Janda Baik

Chop chop! admin stop dulu perjalanan sesi bakar-bakar kambing..dan mahu selitkan aktiviti khas team Kaki Bakar.. *wink *wink ;-)

Pada 8 Mac 2014 yang lepas, team Kaki akar dijemput untuk sesi masak-memasak Kenduri Menyambut Menantu Paklong Nordin di Kampung Janda Baik, Pahang..
Maka..berkampunglah seketika warga Kaki Bakar di kampung Janda Baik bagi merai dan memeriahkan majlis tersebut..
Team yang tiba sehari sebelum majlis memulakan tugas masak-memasak sekitar jam 12.00 tengah malam..
haa tak cayo ko?? ni ha gamba...

mamat ni tengah prepare bahan-bahan masakan..haa tengah pening la tu..

skill apa tu bang? ke jampi? huuu

masa gamba2 ni diambil..jam telah menunjukkan pukul 3 pagi..huu

ahaa..ni la masterchef malam tu..huhu..masa ni tengah adjust sotong sambal..dengan kakak admin skali ikut berjaga ni..nasib baik baby dah tido
ok dah boleh percaya dah? oo blom lagi eh? takpe moh tgk lagi gamba..

daging dah ready nak masukkan dalam kari

tapi rempah karinya tak siap-siap masak lagi...


kentang yang cantik berseri ni antara bahan untuk masak kari

sotong sambal almost done..kita tambah bawang dulu...
nampak tak? masing-masing tengah sibuk bekerja..time ni dah jam 5 pagi

Aktiviti masak-memasak bersambung hingga ke siang..kesian..satu team tak tido termasuklah kakak admin..kakak admin sbenornye nyebok2 amik gamba je..

ni antara pembantu-pembantu tukang masak yang menjayakan majlis..steady steady..

nasi minyak sedang disiapkan..

 sedap sangat..sampai licinnnn

keluarga paklong Nordin

ayah ambo yang suka berkaroke..hehe..

desert section..dah nak licin pun haa

ahaaa..ni section paling kakak admin minat..babies section..abis sume berkumpul kat sini
tersenyum manis pengantin baru - Soleh & Marlina
Selamat pengantin baru Angah Solehuddin & Marlina, semoga kekal bahagia hingga Jannah. Dan buat paklong Nordin sekeluarga, terima kasih atas kepercayaan berganda buat team Kaki Bakar. 
Syukran..syukran jazilan.

No comments:

Post a Comment