SSM No: SA0247272-K
PERKHIDMATAN KAMI ADALAH DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA....
JAMINAN KUALITI DAN SERVIS TERBAIK DARI KAMI...KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI...

Saturday, 11 April 2015

Aqiqah Amna Nafisya @ Batu Pahat, Johor

Ok..lepas Kluang, kami ke Batu Pahat pula...alhamdulillah..rezeki Allah bagi kami terima seadanya..😊😊

Seronok sebenarnya keje bako kambing dengan Kaki Bakar ni tau..boleh jalan-jalan satu Malaysia..promote sket la nak cari staf reramai niii..hihiii


Kalini untuk majlis aqiqah Amna Nafisya binti Ahmad Hakimi di Paris Terus, Seri Medan, Batu Pahat, Johor...





Sila cari 10 perbezaan 4 gambar di atas..kihkih..pening pening




Cari 5 sahaja perbezaan 2 gambar di atas ni...




Dan 5 juga perbezaan bagi 2 gambar di atas ini juga....

Hehe..mesti korang pening fikir..betul ke betul kakak admin ni?? Hihiiii oklah..sebenarnya tu je gambar yang kakak admin dapat..sabo je laaaa
Buat orang Batu Pahat.. terima kasih atas tempahan, terima kasih atas kepercayaan yang diberikanungguhpun kita tidak saling mengenali dan berjauhan..Alhamdulillah.. 

Sunday, 22 February 2015

Majlis Pernikahan Bob di Kluang, Johor

Assalamualaikum bloggers..
Banyaknyee sawang blog ni..teruk nak cuci ni..lama btul kakak admin tak update ye..hihi..

Ok ok terus ke sesi jalan2 bakar kambing kita..

Destinasi kali ni..Kluang, JOHOR.
Kami bakarkan seekor kambing sempena majlis pernikahan saudara bob & cik puan Khyirul Suzillah..alhamdulillah..segalanya berjalan lancar..saksikan potret kenangan kami di bawah.


Ok dah ready untuk dimakan
Kita tunggu sesi 'jabat tangan tok kadi' ni selesai dulu baru boleh makan..heheee 
Alhamdulillah..sah sah sah 😄😄
Haa dah mula kena serbu 😉

Hehe...tu je potret kenangan yang ada..heheeee jangan tension nanti saya bagi cerita tempat lain plak 😆😆

Buat bob & khyirul, terima kasih beri sokongan dan kepercayaan buat Kaki Bakar, lama betul diorang ni booking. Alhamdulillah segalanya selamat dan berjalan lancar. Selamat pengantin baru buat kalian berdua..kami doakan semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. Amin....😊

Sunday, 28 December 2014

FULL TIME & PART TIME CREW DIPERLUKAN!!

Kami memerlukan crew secara TETAP dan SAMBILAN untuk menjadi sebahagian daripada ahli keluarga Kaki BAKAR..ciri-ciri yg perlu ada pada calon2 crew adalah...hehe.. :


  • berani mencuba
  • tahan lasak
  • boleh bertahan dengan api (almaklumlaaa..nak bakar kambing..memangla panas ;-) )
  • ada transport sendiri (motorsikal atau kereta)
  • sanggup bangun pagi2 buta pergi kerja
  • bersedia untuk belajar dan memberikan komitmen sepenuhnya semasa bekerja
  • sedia menerima arahan (yang jenis tak dengar arahan SANGAT tidak dialu-alukan)
student lepasan SPM, yang masih belajar di kolej/universiti area KL/Selangor..atau pekerja yang telah bekerja tetap tetapi yang berminat buat part time semasa hari cuti umum, sabtu & ahad amat dialu-alukan
ok..sekiranya ada yang berminat..sila hubungi (call sahaja, sms tidak dilayan) pihak Kaki Bakar di talian 017-3747727 / 012-3802040.

terima kasih :-)











Saturday, 8 November 2014

AQIQAH MUHAMMAD AL-FATIH

Alhamdulillah..bertemu lagi kita untuk siaran tertunda jalan-jalan bakar kambing Kambing Golek Kaki Bakar..kehkehkohkoh asik tunda je ntah bila nak buat live ntah.


Pada bulan Mac yang lepas..Kaki Bakar ke Kuala Terengganu..menjalankan amanah..menunaikan hasrat hati ayahanda dan bonda, menjalankan majlis aqiqah buat anakanda tercinta mereka..Muhammad Al-Fatih yang waktu itu masih lagi meniti hari-hari berpantangnya...

Nanananana Ganu Kite!


Alhamdulillah..perjalanan sepanjang pergi dan balik dari Kuala Terengganu adalah selamat tanpa sebarang masalah, siap sempat singgah jale2 make angin kat kelate lagi tuuuu..majlis Aqiqah juga berlangsung dengan meriah.
Yang diraikan..anakanda Muhammad Al-Fatih

Bonda dan anakanda yang masih berpantang..hehe..
pelamin indah buat anakanda tercinta


Antara pelajar-pelajar Tahfiz yang hadir memeriahkan majlis
Homemade Blakcpepper Sauce..dibuat dengan penuh kasih sayang...serata Malaysia dah berjalan..mudah-mudahan Allah beri kesempatan untuk kami bawanya ke pasaran luar negara pula..Insya Allah
antara tetamu yang hadir..
Kambing golek ready to serve 
Happy betul ayahanda Muhammad Al-Fatih ni.. ;-)
Kusyuknyee abg Kaki Bakar kita buat keje eh


makan bang..jangan tak makan..datang dari jauh semua ni bang..tak makan rugi!





candy buffet pilihan tuan rumah yang sangat menarik
Coklat susu ni banyak simpan kenangan zaman kanak-kanak kakak admin..sape ada kenangan bersama coklat ni angkat tangan! ;-)
TERIMA KASIH buat ayah bonda kepada baby Muhammad Al-Fatih atas tempahan..harap-harap gembira & berpuashati ...
Okay..itu sahaja untuk sesi jalan-jalan bakar kambing Kaki Bakar kali ini..berjumpa lagi di lain waktu..peace yo!!

#credit to puan hayati untuk beberapa keping gambar kenangan. untuk lebih cerita tentang majlis ini dari pihak bonda baby MAF, sila klik sini.


Tuesday, 21 October 2014

AQIQAH KAMALIN NADHIRAH

Entry yang ni kakak admin wajib masukkan dalam blog..walaupun post tahun depan..hahah..ok ok..bukan apa..kalau bigboss check nanti dia tanya..mana citer aqiqah kamalin??? errrr...-.-

ok..Majlis berjalan dengan jayanya, berlangsung di rumah atok Kamalin di Taman Tuanku Jaafar, Senawang, NS pada 15 Jun 2014 yang lepas. Sebanyak 4 ekor kambing dibakar dan seekor lagi buat masak kari..alhamdulillah..licin semuanya..heheheee..



Kambing dah ready..lai lai lai
crew aswad & crew saiful sedang bertugas..bagus diorang ni..rajin, focus buat kerja, baik, pandai, hensem..anggun..ayat pun dah lain macam je ni
inilah antara hasil air tangan keluarga kami..jemput makan..memang umphh!! sape tak datang memang rugi!

kakak ipar dan anak buah..terima kasih sudi datang ;-)

nenda dan ayahanda baru nak makan

dari kiri: pakngah, acu, tokngah, toksu (macam plan je duduk tu)

lepas makan boleh lepak-lepak..mau duduk atas bawah mana-mana pun boleh..
anak-anak tahfiz dari semenyih dengan maulid mereka..bess sangat!

orang dapur yg superr bz..bz..

sambil buek kojo kek dapo tu sambil layan lagu2 maulid ni yo..


'pengantin' dan opah..muka sama kan kan kan..

the three stooges! hahaha

keluarga wan induk dari semenyih

Tetamu terakhir kami.. Wan Rusa Panggang & Kambing Bakar, thanks a lot wan for coming!! sampai jugak dia walaupun dah tengah malam
Terima kasih pada semua yang sudi hadir..syukur Alhamdulillah..semoga majlis ini membawa barakah dan hikmah kepada setiap yang hadir dan yang menjayakan majlis. bagi yang tak berkesempatan..takpe nanti tahun depan kita kenduri lagi eh ;-))
#credit to abg Norulazmi for pictures.