SSM No: SA0247272-K
PERKHIDMATAN KAMI ADALAH DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA....
JAMINAN KUALITI DAN SERVIS TERBAIK DARI KAMI...KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI...

Tuesday, 16 September 2014

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...berakhir sudah sesi PROMOSI JALINAN SILATURRAHIM yang kami telah rencanakan sehingga ke penghujung Syawal..segalanya berjalan lancar dan sempurna..Syukurrr Ya Allah..
Telah terjalin tali-tali silaturrahim yang baru bagi yang baru menerima perkhidmatan kami serta kekal utuh lagi ukhuwah yang sedia ada bagi yang pernah dan terus menerus menggunakan perkhidmatan kami...
Terima kasih yang tak terhingga buat semua atas kepercayaan dan sokongan buat Kaki Bakar...
Kami akan terus berusaha memberikan yang terbaik buat semua...
Bagi yang tak berkesempatan mendapatkan khidmat kami atas sebab kekangan masa dan kekurangan tenaga kerja..kami mohon ribuan ampun dan maaf..mungkin di lain hari dan masa..Allah akan memberikan kesempatan untuk kita bersama..mudah-mudahan InsyaAllah..

Bagi yang masih lagi bertanya tentang promosi ini..maaf ianya telah kami TUTUP. Diizin Allah kami akan buka lagi di masa akan datang promosi ini atau promosi lain yang lebih baik untuk kita bersama...

Kami paparkan di sini beberapa potret-potret kenangan dari lensa Kaki Bakar sepanjang sesi promosi berlangsung..
























*Untuk cerita penuh mengenai setiap gambar..nantikan update jalan-jalan bakar kambing dari kakak admin....hehehe...kalau sempat :p

Friday, 20 June 2014

PROMOSI JALINAN SILATURRAHIM


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..
Sempena Ramadhan yang bakal tiba..
kami menawarkan beberapa pakej promosi yang kami namakan sebagai...

PROMOSI JALINAN SILATURRAHIM..

Promosi ini bermula pada 1 Ramadhan 1435 Hijrah dan akan berakhir pada penghujung Syawal nanti...semoga dengan adanya promosi ini..akan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita serta terjalinnya tali silaturrahim bagi yang baru mahu mencuba kambing golek kami.. ;-) InsyaAllah...

Terdapat 3 pakej promosi yang berbeza dalam PROMOSI JALINAN SILATURRAHIM iaitu:

1) PROMO PAKEJ 2+1...anda tempah 2 ekor kambing golek..PERCUMA 1 ekor kambing golek
2) PROMO PAKEJ 3+1...anda tempah 3 ekor kambing golek PERCUMA 1 ekor kambing golek
3) PROMO BESAR-BESARAN ...di mana HARGA RUNTUH!!!! bagi tempahan 10 ekor kambing golek

*mengikut terma dan syarat-syarat tertentu


Hahaaaa..hebat bukan???

CEPAT!!! 

Hubungi kami untuk tempahan di talian 

017-3747727(Sham) atau 012-3802040 (Aida)..

Anak siakap anak jerung
Sape lambat nanti melopong...hohohohohh

Buat tatapan semua...saksikan potret-potret kenangan kami...


























Sunday, 1 June 2014

Aqiqah Muhammad Faris Arsyad

Majlis: Aqiqah Muhammad Faris Arsyad B. Khairul Haris
Tarikh:  19 Januari 2014

Lokasi: Antara Gapi, Serendah, Selangor

Tempahan diterima dari Khairul Haris dan Farhana Nasuha bagi menyempurnakan aqiqah putera sulung mereka..Muhammad Faris Arsyad yang berlangsung di kediaman datuk dan neneknya di Antara Gapi, Serendah, Selangor.

Alhamdulillah...majlis berlangsung dengan meriah dan sempurna. Untuk pengetahuan bloggers sekalian, kedua-dua ekor kambing aqiqah Faris ni disembelih sendiri oleh ayahandanya iaitu Khairul Haris, di mana beliau telah datang sendiri ke kandang kami dan menyembelih dengan sedikit bantuan dan tunjuk ajar dari Kaki Bakar...syukur ke hadrat Allah..gembira benar kami apabila Haris sendiri mahu melakukan ibadah tersebut.

seekor kambing dibakar di bawah..

dan seekor kami bakar di atas..eh eh..dah separuh jalan pun kena makan..heheeee

baby faris yang comel montel ;-)

ibu 'pengantin' bersama auntie ' pengantin' :p

faris tengah merenung masa depan..hihihhh

sama tapi tak serupa..bukan adik beradik tapi cousin yer.. ;-)


antara juadah yang dihidang sepanjang majlis berlangsung
TERIMA KASIH Haris & NANA..nanti 2nd baby order lagi dengan Kaki Bakar eh! hehee..
Terima kasih buat paklong maklong sekeluarga atas sokongan dan dorongan..doakan Kaki Bakar terus berkembang maju dan tercapai segala misi dan matlamat..InsyaAllah..Amin Ya rabb..