SSM No: SA0247272-K
PERKHIDMATAN KAMI ADALAH DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA....
JAMINAN KUALITI DAN SERVIS TERBAIK DARI KAMI...KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI...

Thursday, 17 January 2013

Sambutan Tahun Baru 2013

Kaki Bakar menyambut tahun baru 2013 di Kg. Janda Baik, PAHANG apabila tempahan diterima untuk membakar 3 ekor kambing bagi Majlis Sambutan Tahun Baru.

Yeayy!! balik kampung... ;-)

Alhamdulillah..permulaan tahun baru 2013 yang baik buat kami..


3 ekor kambing...


Coleslaw & Salad Grill..nyum nyummm ;)







Seafood BBQ pun ada.. ;)


makan kenyang-kenyang yer.. ;)

Pelajar-Pelajar Tahfiz Kg. Janda Baik pun turut hadir sama memeriahkan Majlis Sambutan Tahun Baru ni.. :)




Tengok tu...sanggup adik-adik tahfiz ni beratur panjang semata-mata nak makan kambing Kaki Bakar..  terbaikkk!

Kawan-kawan kat Janda Baik pun turun padang membantu Kaki Bakar...TERIMA KASIH! ;)
   

TERIMA KASIH atas kepercayaan yang diberikan kepada kami...& SELAMAT TAHUN BARU 2013..semoga tahun 2013 ini..kejayaan dan kebahagiaan akan dapat lebih kita kecapi.. In Sha Allah...Amin...

Wednesday, 16 January 2013

Selamat Pengantin Baru Syed Radzi & Nuriya


Majlis: Jamuan Perkahwinan Syed Radzi & Nuriya
Tarikh: 29 Disember 2012

Lokasi: Taman Kemacahaya, Hulu Langat, Selangor


Direnjis-renjis dipilis.. 
Ditepungilah tawar...
Hai Beras Kunyis ditabur..
Disirami air mawar..

Tempahan diterima dari Syed Radzi yang telahpun mendirikan masjid dengan pasangannya..Cik Puan Nuriya...Tahniah!






Pengantin baru yang masih malu-malu..hihi..

Selamat Pengantin Baru buat Syed Radzi & Nuriya...semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...Aminnn...
dan TERIMA KASIH atas kepercayaan yang telah diberikan kepada kami...

Tuesday, 8 January 2013

Majlis Aqiqah Baby Muhammad Irfan Naufal

Nama: Muhammad Irfan Naufal bin Mohd Nazri
Tarikh: 23 Disember 2012

Lokasi: Taman Mutiara, Kg.Cina, Sitiawan, PERAK

Siap sedia uniform disarung..
Jemu tidak Kaki Bakar kenal…
Dari Puchong ke Sri Manjung…
Utk Aqiqah Muhammad Irfan Naufal… 


Alhamdulillah..tempahan kambing bakar dari luar lembah klang diterima lagi..kali ini daripada Kapten Nazri untuk anak lelakinya yg baru je berusia 2 minggu... 


Kapten & wife.. sgt sporting! TERIMA KASIH!





crew-crew Kaki Bkar Jr....hihi..





tu yang belakang tu...tersandar kekenyangan...kenyang giler makan kambing golek yer...hihi..

Sabo Kapten...makan slow-slow..ada banyak lagi kat belakang tu..hihi..

TERIMA KASIH buat Kapten Nazri sekeluarga atas kepercayaan yang telah diberikan kepada kami... 

Thursday, 3 January 2013

Majlis Aqiqah Baby Riyaaz Mirza

Nama: Riyaaz Mirza Bin Mohd Borhan
Tarikh: 22 Disember 2012

Lokasi: Taman Cheras Perdana, Cheras


Alhamdullilah..satu lagi masalah berjaya kami selesaikan di Majlis Aqiqah untuk baby Riyaaz Mirza yang sgtlaa cute! geram ok dgn pipi dia..nak cubit-cubittt je rasanya..(hehe jgn marah yer mummy daddynyer ;) )

dah ready untuk DISERBU!!

petua bagi kambing bakar sedap dimakan disukai ramai = time potong tu baca bismillah..pastu niat nak bagi org makan sedap2 pastu senyummm lebar2...heheee

makcik tuan rumah sembang-sembang panjang bersama jemputan..

En.Borhan bersama isteri & anak sulongnya...sgt sporting!! TERIMA KASIH ;)

potong cantik2 ye bang.. ;)

antara jemputan yang hadir..

kambing bakar + salad grill

bersama ayah saudara tuan rumah yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang kambing bakar..Ahamdulillah...beliau tidak lokek dalam perkongsian ilmu buat kami ..TERIMA KASIH


time takde keje..kita main 'deco-deco kambing bakar bersama KAKI BAKAR' hehehe

adik ni paling besss! selang 10-15 minit dia mai...' kak..nak roti..kak..nak daging..kak....' TERBAEKK la dik! ;)

ni diaa baby Riyaaz Mirza....super cute! kan kan...

TERIMA KASIH buat En.Borhan sekeluarga atas kepercayaan yang telah diberikan kepada kami...

Wednesday, 2 January 2013

MEGA STAR ROADSHOW plus KENDURI KESYUKURAN

Hasil usahasama dengan Bek Golek..alhamdulillah Kaki Bakar telah berada di MEGA STAR ROADSHOW plus Kenduri Kesyukuran yang berlangsung pada 16 Disember 2012 yang lalu...di Saujana Impian, Kajang..

Buek apo kek situ?? laaa macam biasa la...meneruskan aktiviti membakar kambing! ;)















Tahniah kepada semua peserta Mega Star Roadshow & TERIMA KASIH di atas kepercayaan yang telah diberikan kepada kami...


**credit to Adil Shahrom for all the pics..thanks!

Friday, 28 December 2012

Part Time Crew diperlukan!

Kami memerlukan crew secara sambilan untuk menjadi sebahagian daripada ahli keluarga Kaki BAKAR..ciri-ciri yg perlu ada pada calon2 crew adalah...hehe.. :



  • boleh bertahan dengan api (almaklumlaaa..nak bakar kambing..mmgla panas ;)
  • ada transport sendiri (at least motorsikal)
  • sanggup bangun pagi2 buta pergi kerja
  • sedia menerima arahan (yg jenis tak dengar arahan sgt tidak dialu-alukan)

ok..sekiranya ada yg berminat..sila hubungi Kaki Bakar di talian 017-3747727

terima kasih :-)