Majlis: Aqiqah Muhammad Faris Arsyad B. Khairul Haris
Tarikh: 19 Januari 2014
Lokasi: Antara Gapi, Serendah, Selangor
Tempahan diterima dari Khairul Haris dan Farhana Nasuha bagi menyempurnakan aqiqah putera sulung mereka..Muhammad Faris Arsyad yang berlangsung di kediaman datuk dan neneknya di Antara Gapi, Serendah, Selangor.
Alhamdulillah...majlis berlangsung dengan meriah dan sempurna. Untuk pengetahuan bloggers sekalian, kedua-dua ekor kambing aqiqah Faris ni disembelih sendiri oleh ayahandanya iaitu Khairul Haris, di mana beliau telah datang sendiri ke kandang kami dan menyembelih dengan sedikit bantuan dan tunjuk ajar dari Kaki Bakar...syukur ke hadrat Allah..gembira benar kami apabila Haris sendiri mahu melakukan ibadah tersebut.
seekor kambing dibakar di bawah.. |
dan seekor kami bakar di atas..eh eh..dah separuh jalan pun kena makan..heheeee |
baby faris yang comel montel ;-) |
ibu 'pengantin' bersama auntie ' pengantin' :p |
faris tengah merenung masa depan..hihihhh |
sama tapi tak serupa..bukan adik beradik tapi cousin yer.. ;-) |
antara juadah yang dihidang sepanjang majlis berlangsung |
TERIMA KASIH Haris & NANA..nanti 2nd baby order lagi dengan Kaki Bakar eh! hehee..
Terima kasih buat paklong maklong sekeluarga atas sokongan dan dorongan..doakan Kaki Bakar terus berkembang maju dan tercapai segala misi dan matlamat..InsyaAllah..Amin Ya rabb..
Salam. Nak bertanya,
ReplyDelete1. Berapa harga pakej seekor kambing panggang aqiqah?
2. Apakah yang terdapat dalam pakej tersebut?
3. Adakah peralatan seperti untuk memanggang, set griller, meja buffet, peralatan hidangan dan pinggan polystyrene termasuk dalam pakej?
3. Berapakah berat bersih kambing tersebut dan anggaran berapa orang makan?
4. Perlukah saya berada di lokasi sembelihan? Jika tidak, bagaimana dengan akadnya?
5. Adakah sijil sembelihan dikeluarkan?
Sila nyatakan terms & condition.
Tarikh : 30 Ogos 2014
Masa : 12 tengahari
Tempat : Bangi
Harap mendapat maklumbalas segera.
TK
Waalaikumsalam Puan Nor Azimah,
DeleteTerlebih dahulu terima kasih atas pertanyaan puan..
Pihak kami mohon jasa baik pihak puan agar dapat meninggalkan email address puan, supaya kami dapat memberikan jawapan terperinci kepada semua soalan-soalan puan serta berbincang dengan lebih lanjut sekiranya puan benar-benar berminat menggunakan perkhidmatan Kaki Bakar.
Puan boleh juga emailkan terus pertanyaan kepada kami ke aidainora@gmail.com. atau hubungi kami di talian 012-3802040 (Aida) atau 017-3747727(Sham).
Terima kasih.