SSM No: SA0247272-K
PERKHIDMATAN KAMI ADALAH DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA....
JAMINAN KUALITI DAN SERVIS TERBAIK DARI KAMI...KEPUASAN ANDA KEUTAMAAN KAMI...

Saturday, 17 May 2014

Aqiqah dan Pernikahan Norafiza Binti Arpai




Majlis: Majlis Pernikahan Norafiza bt Arpai
Tarikh: 30 November 2013
Lokasi: Kg. Gali Hilir, Raub, PAHANG

Tempahan Norafiza (Pija) ini kami terima dari awal tahun 2013 lagi..walhal majlisnya ini adalah di antara penghujung tahun 2013 ..memang Pija antara customer yang benar-benar memberikan kepercayaan kepada Kaki Bakar..walaupun tidak pernah bersua muka langsung..Syukur Alhamdulillah..kami pegang janji dengan beliau sebaiknya..

Setibanya hari majlis..ditakdirkan ada barang penting yang crew kami terlupa bawa..Kami bergegas ke Raub menghantar..bayangkanlah..kelam kabut kami yang dari Puchong ni ke Raub bawa barang yang tertinggal tu..memang rezeki kakak Admin agaknya..dan mungkin hikmahnya ada bila barang tertinggal tu..bilamana..akhirnya dapat jua bersua muka dengan Pija..sekali lagi..Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan dan usaha kami..

Kaka admin diberitahu..pelamin nikah ini hasil rekaan pengantin sendiri..malahan milik pengantin sendiri..bukan sewa tau..orang Raub yang berkenan dengan set pelamin ni untuk sewa..boleh contact Pija terus ye.. ;-)

simple dan bersahaja..TERBAIKK Pija ;-)

masa kakak admin sampai..Pija tengah bersiap-siap berinai..makanya dapat amik gamba inai di jari je laaa..hahaaaa

cantikkan inai dia...agak2 kalau kakak admin sesaje nak buat time raya nanti boleh tak? ;-p (mood ngade-ngade)

Actually Pija order kambing ni utk Aqiqah dirinya..sekaligus meraikan sekali majlis pernikahan beliau..

Disebabkan kami perlu bergegas ke Janda Baik pula untuk event lain pada hari tersebut..maka ini je laa potret-potret kenangan yang sempat dirakamkan..alahaiii..

Apepun..buat Norafiza & suami..kami ucapkan selamat pengantin baru..dan didoakan semoga kekal bahagia hingga ke Jannah..Amin..

TERIMA KASIH tak terhingga buat Pija atas kepercayaan sepenuhnya buat kami..semoga ikatan silaturrahim yang terbina akan kekal sampai bila-bila....Insya Allah..

No comments:

Post a Comment